Pada umumnya,bagi orang yang menjaga berat badan,menikmati coklat akan meninggalkan perasaan yang bersalah kerana bagi mereka coklat adalah makanan jahat yang hanya akan menambah lemak pada badan mereka sahaja. Tapi itu bagi mereka yang 'weight-concious'.
Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai tubuh badan yang ideal ataupun tidak terlalu mengambil kisah dengan stigma masyarakat
tentang tubuh badan yang ideal dan menikmati coklat mengikut kepuasan diri?
Persoalannya,adakah coklat baik atau lebih membawa keburukan kepada badan kita?
Untuk post pertama ini, penulis suka untuk berkongsi tentang coklat. Makanan nikmat yang tak pernah henti kelihatan menggoda di mata,apatah lagi apabila sudah berjaya menari-nari dengan lazat dalam mulut kita. Sejujurnya, teringat pada kisah fantasi Charlie and the Chocolate Factory karya penulis Britain,Roald Dahl yang telah diadaptasi kepada filem pada tahun 2005.Betapa coklat adalah makanan berharga yang menjadi kegemaran tua muda dan divariasikan lagi menjadi produk yang pelbagai.
Tinggalkan dulu sejarah mahupun cara pembuatan coklat,mari kita selusuri baik buruk makanan yang satu ini.
Jadi,seperti yang dipersoalkan,adakah coklat baik atau buruk untuk kita?
Sudah tentu,ya. Malah, khasiatnya terlalu banyak.
Tetapi,sebelum itu,jenis coklat apa yang kita sedang perkatakan sekarang ini?
Coklat yang berada dalam tahap paling semulajadi. Sekiranya anda sedang memikirkan coklat Mars atau Milky Way(etc..) maka anda silap dan saya tak dapat katakan produk tersebut adalah sihat.
Tapi jangan risau. Ini tak bermakna tidak ada produk coklat yang bagus dan sihat untuk anda nikmati. Kata kuncinya adalah mencari produk yang paling tinggi kandungan koko di dalamnya. Ini kerana kebanyakan produk coklat sebahagian besar daripadanya dipelopori 'cocoa butter' sahaja.Maka, kandungan koko aslinya sangat kurang.
Lebih tinggi kandungan koko asli, lebih kecil ruang untuk 'cocoa butter', gula, lecithin, vanila, susu dan pelbagai lagi bahan lain yang menyebabkan coklat menjadi lebih seperti manisan daripada yang asal iaitu sejenis sayur.
Makin tinggi kandungan koko,makin gelap warna sesuatu coklat. Sebab itulah, coklat hitam seharusnya menjadi pilihan utama dan juga boleh menjadi alternatif utama bagi penggemar coklat.
Mungkin coklat hitam rasa agak pahit daripada produk coklat biasa tetapi percaya atau tidak khasiatnya sungguh mengagumkan dan bagi penggemar coklat sejati,rasanya lebih nikmat berbanding coklat biasa yang lain kerana kaya dengan coklat asli. Justeru, bagi yang tidak menyukainya, maka sayang seribu kali sayang kerana anda teramatlah rugi.
Semakin gelap sesuatu sayur, maka makin tinggi kandungan khasiatnya terutamanya kandungan flavanoid yang mana bertindak sebagai antioksida. Seperti yang kita sudah sedia maklum, antara fungsi antioksida ialah melindungi atau memperlahankan penuaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.
Coklat hitam mengandungi antioksida yang sangat tinggi.Ya, SANGAT tinggi. Lebih tinggi dari mana-mana makanan tinggi antioksida yang popular seperti teh hijau, strawberi, blueberi, dll. USDA atau United States Department of Agriculture telah mengeluarkan carta
makanan yang mempunyai antioksida yang diukur megikut ORACs(Oxygen Radical Absorbance Capacity Units). Bagi setiap 100g, coklat hitam mengandungi 13 120 ORACs dan blueberi mengandungi 2 400 sahaja.
Diet kaya antioksida dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit kardiovaskular, sakit jantung, strok, kanser, masalah kolestrol, darah tinggi, arthritis, asthma, Alzheimer dll. Jadi, tak dapat dinafikan lagi bahawa coklat kaya dengan antioksida dan ia sememangnya bagus untuk anda.
Stigma masyarakat ialah coklat banyak mengandungi gula, lemak dan kafein. Memang benar,'cocoa butter', punca utama lemak(selain susu)dalam coklat, terdiri daripada lemak tepu dan lemak tak tepu. Walaubagaimanapun, sebahagian besar daripadanya(lebih kurang 75%), terdiri daripada asid oleic dan stearic. Diet yang tinggi dengan kedua-dua asid ini terbukti menurunkan tahap kolestrol.
Sementara 25% lagi lemak di dalam coklat terdiri daripada 'jenis jahat', kandungan lemak baik ternyata mengatasi yang tidak baik. Seterusnya, pilihlah yang gelap(coklat hitam), kerana seperti yang telah dikatakan, semakin banyak kandungan koko asli, semakin kecil ruang untuk bahan kurang berkhasiat yang lain.
Bagaimana pula dengan kandungan gula?
Kita tak dapat lakukan apa-apa tentang perkara tersebut kerana bahan tersebut juga memainkan peranan yang penting dalam pembuatan coklat. Namun, harus kita sedar bahawa
coklat hitam yang pekat mempunyai 10-15 g gula, yang mana lebih sedikit berbanding 22g gula di dalam segelas jus dan 29g di dalam satu 'cup' yogurt malah makanan kesihatan lain juga yang kita anggap lebih baik.
Untuk kandungan kafein pula, hidangan('bar') coklat biasa mempunyai 27 mg kafein, iaitu separuh daripada yang terdapat dalam segelas air kola dan satu pertiga daripada yang terdapat dalam secawan air kopi. Juga, kajian menunjukkan bahawa mengambil kafein, kurang daripada 200mg sehari adalah baik untuk kita.

Kita boleh lihat sendiri akan kepelbagaian kelebihan coklat sendiri dan penggunaannya kini sudah pelbagai. Malah ia semakin popular dalam industri kecantikan dan kosmetik.
Poin penting di sini ialah coklat boleh sahaja dinikmati bila-bila masa namun
harus diambil dalam jumlah yang sederhana dan memilih coklat yang betul untuk dimakan.
Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai tubuh badan yang ideal ataupun tidak terlalu mengambil kisah dengan stigma masyarakat
tentang tubuh badan yang ideal dan menikmati coklat mengikut kepuasan diri?Persoalannya,adakah coklat baik atau lebih membawa keburukan kepada badan kita?
Untuk post pertama ini, penulis suka untuk berkongsi tentang coklat. Makanan nikmat yang tak pernah henti kelihatan menggoda di mata,apatah lagi apabila sudah berjaya menari-nari dengan lazat dalam mulut kita. Sejujurnya, teringat pada kisah fantasi Charlie and the Chocolate Factory karya penulis Britain,Roald Dahl yang telah diadaptasi kepada filem pada tahun 2005.Betapa coklat adalah makanan berharga yang menjadi kegemaran tua muda dan divariasikan lagi menjadi produk yang pelbagai.
Tinggalkan dulu sejarah mahupun cara pembuatan coklat,mari kita selusuri baik buruk makanan yang satu ini.
Jadi,seperti yang dipersoalkan,adakah coklat baik atau buruk untuk kita?
Sudah tentu,ya. Malah, khasiatnya terlalu banyak.
Tetapi,sebelum itu,jenis coklat apa yang kita sedang perkatakan sekarang ini?
Coklat yang berada dalam tahap paling semulajadi. Sekiranya anda sedang memikirkan coklat Mars atau Milky Way(etc..) maka anda silap dan saya tak dapat katakan produk tersebut adalah sihat.
Tapi jangan risau. Ini tak bermakna tidak ada produk coklat yang bagus dan sihat untuk anda nikmati. Kata kuncinya adalah mencari produk yang paling tinggi kandungan koko di dalamnya. Ini kerana kebanyakan produk coklat sebahagian besar daripadanya dipelopori 'cocoa butter' sahaja.Maka, kandungan koko aslinya sangat kurang.
Lebih tinggi kandungan koko asli, lebih kecil ruang untuk 'cocoa butter', gula, lecithin, vanila, susu dan pelbagai lagi bahan lain yang menyebabkan coklat menjadi lebih seperti manisan daripada yang asal iaitu sejenis sayur.
Makin tinggi kandungan koko,makin gelap warna sesuatu coklat. Sebab itulah, coklat hitam seharusnya menjadi pilihan utama dan juga boleh menjadi alternatif utama bagi penggemar coklat.
Mungkin coklat hitam rasa agak pahit daripada produk coklat biasa tetapi percaya atau tidak khasiatnya sungguh mengagumkan dan bagi penggemar coklat sejati,rasanya lebih nikmat berbanding coklat biasa yang lain kerana kaya dengan coklat asli. Justeru, bagi yang tidak menyukainya, maka sayang seribu kali sayang kerana anda teramatlah rugi.
Semakin gelap sesuatu sayur, maka makin tinggi kandungan khasiatnya terutamanya kandungan flavanoid yang mana bertindak sebagai antioksida. Seperti yang kita sudah sedia maklum, antara fungsi antioksida ialah melindungi atau memperlahankan penuaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.
Coklat hitam mengandungi antioksida yang sangat tinggi.Ya, SANGAT tinggi. Lebih tinggi dari mana-mana makanan tinggi antioksida yang popular seperti teh hijau, strawberi, blueberi, dll. USDA atau United States Department of Agriculture telah mengeluarkan carta
makanan yang mempunyai antioksida yang diukur megikut ORACs(Oxygen Radical Absorbance Capacity Units). Bagi setiap 100g, coklat hitam mengandungi 13 120 ORACs dan blueberi mengandungi 2 400 sahaja.Diet kaya antioksida dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit kardiovaskular, sakit jantung, strok, kanser, masalah kolestrol, darah tinggi, arthritis, asthma, Alzheimer dll. Jadi, tak dapat dinafikan lagi bahawa coklat kaya dengan antioksida dan ia sememangnya bagus untuk anda.